.:|KITA HANDAL|:.

Perut Punca Segala Penyakit

Posted by: yoshihiro on: 27 Mac 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-


1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

Tinggalkan jawapan

Gambar Kita

Usaha Untuk Menjadikan Nama Blog Kitahandal.com

Mac 2009
I S R K J S A
    Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Laman

Arkib

RSS Ilmu Kita

  • Nak Rasa Hidup Di Jepun? 6 April 2009
    Ini adalah satu web menyunting gambar secara online.  Web ini sungguh menarik bagi saya kerana suntingannya amat cantik walaupun ianya mempunyai  satu design sahaja. Disini anda boleh menyunting gambar ala-ala jepun atau pun boleh nampak macam berada di zaman 60′an.  Jadi, jika mahu menyunting gambar anda atau family anda atau sesiapa pun, bolehlah lay […]
    yoshihiro
  • Manusia 600? Ulat Bulu 4000? 4 April 2009
    Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak? Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia. Seekor lebah […]
    yoshihiro
  • Ilham Aku Atas Sejadah 4 April 2009
    Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…. Apasal la a […]
    yoshihiro
  • Siapa Lebih Kuat Cemburu, Adam Atau Hawa? 29 Mac 2009
    Benarkah lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki? Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu? Cembu […]
    yoshihiro
  • Cuba-cubalah Berani Menendang Kepala Gajah 29 Mac 2009
    Pernah lihat bagaimana seekor gajah ditendang kepalanya? Adakah antara anda yang pernah jumpa manusia yang berani-berani melakukan sedemikian rupa? Manusia menendang si gajah. Lumrahnya, gajah memang sukar mahu ditendang oleh manusia. Ada yang masih kurang percaya? Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian, bagaimanalah seorang yang bernama manusia itu dapat men […]
    yoshihiro