.:|KITA HANDAL|:.

Siapa Lebih Kuat Cemburu, Adam Atau Hawa?

Posted by: yoshihiro on: 28 Mac 2009

Benarkah lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki?

Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu?

Cemburu juga sebenarnya merupakan gabungan perasaan marah dan juga kesedihan. Pernah tengok mereka yang sedang cemburu? Apa yang mereka sering lakukan? Pasti mereka sentiasa muram, murung dan langsung marah-marah.

Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh The Ultimate Self-esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang teramat sangat dan memerlukan bantuan. Aduh, bukankah ini sudah dikira bahaya!

Kawan-kawan, bukanlah tidak boleh untuk cemburu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai dikata orang cemburu buta. Cemburu itu tentunya boleh bukan. Cemburu pada tempatnya. Tidak ada sesiapa pun yang melarang.

Jadi, lelaki atau wanita yang lebih kuat cemburu?

Pening untuk merungkai permasalahan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lelaki juga punya sifat cemburu. Cuma biasalah, lelaki ini kebiasaannya tidak menunjukkan sifat cemburunya. Lebih suka simpan sahaja. Sedangkan wanita pula tidak boleh menyorok-nyorok. Kalau dia cemburu, memang dia akan kata dia cemburu. Benar bukan?

Dan mungkin ini yang sering dikatakan wanita lebih kerap cemburu berbanding kaum-kaum adam. Tapi, ini hanyalah andaian saya sahaja ya. Sekadar untuk melembutkan sedikit hati kakak-kakak dan adik-adik kita sidang pembaca ini. Realiti sebenarnya, anda yang tahu.

Justeru teman-teman, siapa sebenarnya yang lebih kuat cemburu? Lelaki atau wanita???

3 Respons kepada "Siapa Lebih Kuat Cemburu, Adam Atau Hawa?"

hmm…saya rasa adam yang lebih kuat cemburu. semua tu berdasarkan dari pengalaman saya la

aku rsa adam y kuat cmbru….
sbb adam 2 gay kot…..

cemburu tu fitrah oiii… adam dan hawa ada tahap cemburu yg blainan.. sungguh pun sy dr kaum hawa sy cukup mrendah diri utk mgatakn adam dan hawa punya tahap cemburu yg sama….

Tinggalkan jawapan

Gambar Kita

Usaha Untuk Menjadikan Nama Blog Kitahandal.com

Mac 2009
I S R K J S A
    Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Laman

Arkib

RSS Ilmu Kita

  • Nak Rasa Hidup Di Jepun? 6 April 2009
    Ini adalah satu web menyunting gambar secara online.  Web ini sungguh menarik bagi saya kerana suntingannya amat cantik walaupun ianya mempunyai  satu design sahaja. Disini anda boleh menyunting gambar ala-ala jepun atau pun boleh nampak macam berada di zaman 60′an.  Jadi, jika mahu menyunting gambar anda atau family anda atau sesiapa pun, bolehlah lay […]
    yoshihiro
  • Manusia 600? Ulat Bulu 4000? 4 April 2009
    Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak? Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia. Seekor lebah […]
    yoshihiro
  • Ilham Aku Atas Sejadah 4 April 2009
    Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…. Apasal la a […]
    yoshihiro
  • Siapa Lebih Kuat Cemburu, Adam Atau Hawa? 29 Mac 2009
    Benarkah lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki? Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu? Cembu […]
    yoshihiro
  • Cuba-cubalah Berani Menendang Kepala Gajah 29 Mac 2009
    Pernah lihat bagaimana seekor gajah ditendang kepalanya? Adakah antara anda yang pernah jumpa manusia yang berani-berani melakukan sedemikian rupa? Manusia menendang si gajah. Lumrahnya, gajah memang sukar mahu ditendang oleh manusia. Ada yang masih kurang percaya? Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian, bagaimanalah seorang yang bernama manusia itu dapat men […]
    yoshihiro