.:|KITA HANDAL|:.

MUSIC

Kita memang tidak boleh lari dari mendengar muzik bukan.? Bak kata orang kadazan “idup adeng nok leh  muzik jo”. Ha macam itu jugalah kita.

Mengenai hukum muzik di dalam Islam, adalah jelas ia perkara khilaf di mana ada sesetengah ulama mengatakan ianya haram. Namun saya cenderung untuk mengikuti jumhur ulama yang mengatakan muzik dibolehkan, selagi mana ia mempunyai mesej positif dan tidak melalaikan pendengarnya daripada menunaikan kewajiban mereka sebagai orang Islam.

Berikut saya turunkan petikan daripada sebuah artikel mengenai ‘Muzik Dalam Islam’ tulisan Wan Muhammad Wan Sulong dari Universit Yarmouk yang merumuskan perkara ini seperti berikut:

“Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah.

Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya ‘Al-Mufassal’ .

Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata.

Misalnya, apabila kita mendengar muzik dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk berpindah dari satu program ke program lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat?

Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman ini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ianya digunakan. Kerana itu, penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:

  1. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya
  2. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT iaitu mestilah digunakan untuk tujuan-tujuan yang mulia.
  3. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: ‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut.”

Jadi, apa pula tanggapan anda pada muzik? baik? kurang cantik? atau tidak berapa nak baik. Haa! mari kita renung-renungkan bersama.

Tinggalkan jawapan

Gambar Kita

Usaha Untuk Menjadikan Nama Blog Kitahandal.com

Disember 2009
I S R K J S A
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Laman

Arkib

RSS Ilmu Kita

  • Nak Rasa Hidup Di Jepun? 6 April 2009
    Ini adalah satu web menyunting gambar secara online.  Web ini sungguh menarik bagi saya kerana suntingannya amat cantik walaupun ianya mempunyai  satu design sahaja. Disini anda boleh menyunting gambar ala-ala jepun atau pun boleh nampak macam berada di zaman 60′an.  Jadi, jika mahu menyunting gambar anda atau family anda atau sesiapa pun, bolehlah lay […]
    yoshihiro
  • Manusia 600? Ulat Bulu 4000? 4 April 2009
    Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak? Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia. Seekor lebah […]
    yoshihiro
  • Ilham Aku Atas Sejadah 4 April 2009
    Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…. Apasal la a […]
    yoshihiro
  • Siapa Lebih Kuat Cemburu, Adam Atau Hawa? 29 Mac 2009
    Benarkah lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki? Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu? Cembu […]
    yoshihiro
  • Cuba-cubalah Berani Menendang Kepala Gajah 29 Mac 2009
    Pernah lihat bagaimana seekor gajah ditendang kepalanya? Adakah antara anda yang pernah jumpa manusia yang berani-berani melakukan sedemikian rupa? Manusia menendang si gajah. Lumrahnya, gajah memang sukar mahu ditendang oleh manusia. Ada yang masih kurang percaya? Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian, bagaimanalah seorang yang bernama manusia itu dapat men […]
    yoshihiro